Pages

Feb 5, 2018

Menghilangkan Parut di Muka


Image result for daun lidah buaya

Parut antara paling susah untuk di hilangkan, mengambil masa yang lama untuk pulih terutama parut dari kesan jerawat atau luka. Bagi menghilangkan parut ada banyak cara antara rawatan tradisional  yang boleh kita amalkan ialah daun lidah buaya. Caranya adalah ambil sehelai daun lidah buaya, kikis dan ambil lendirnya sapukan pada muka anda.

Lakukan cara ini sehingga anda memperolehi kesannya. Anda boleh lakukan setiap hari jika ingin cepat pulih. Itu kalau rajin, sekarang dah ada jual gel aloe vera brand Natural Land, Natural Republic dan banyak lagi , jadi sapu sahaja lebih senang dan cepat. Yang penting beli yang Original ya.


Sumber : Panduan Petua Untuk Keluarga

10 comments:

  1. Firstly nak puji blog Atiah cantik, sedap mata memandang..
    Then, LZ rasa nak amalkan penggunaan aloe vera ni untuk hilangkan parut pada muka.. Selalu guna kayu manis tapi agak leceh. By the way nice sharing, thanks ;-)

    ReplyDelete
  2. Siqah takde daun lidah buaya. Sekarang guna Gel Aloe Vera Guardian je. Hihi

    ReplyDelete
  3. dulu kt rumah ray ade jugak pokok lidah buaya tp skrg xde dah. susah btul nak cri skrg ni

    ReplyDelete
  4. guna yang aloe vera nature republic pun ok..cuma tak 100% la macam yang asli

    ReplyDelete
  5. Lidah buaya mmg bagus... Kena rajin tak rajin je nak buat kan...

    ReplyDelete
  6. Kat rumah ada tanam pokok aloe vera, boleh apply ni

    ReplyDelete
  7. Suka tanam pokok Aloe vera ini.. Senang lepas tu bila dia dah cukup besar akan ada bunga.. Banyak khasiat pula tu..

    ReplyDelete
  8. teringat dulu, atiah.
    masa aida kecik2. skola rendah kot.
    jiran ada tanam pokok ni.
    masa tu lagi kami da heboh tepek alovera ni kat muka.
    kami belah-belah alovera tu, potong kekecik.
    then, bosan buat masker. kami gaul dgn gula pasir. makan!
    ha ha ha ha...

    ReplyDelete