Sebut saja
Langkawi, saya pasti ramai yang pernah pergi kan?
Pulau Langkawi
merupakan pulau bebas cukai, di mana anda boleh dapatkan coklat, minyak wangi
dan juga kereta pada harga
yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Dengan adanya
kemudahan pengangkutan seperti lapangan terbang dan feri memudahkan lagi
perjalanan anda ke Pulau
Langkawi. Walaupun anda sering ke sana, tapi tahukah anda sebenarnya terdapat
banyak lagi tempat menarik yang
boleh dikunjungi?
Photo Credit : Google.com
Jika datang ke
Langkawi, tempat yang anda akan kunjungi adalah Dataran Lang. Di sini anda
berpeluang melihat patung helang merah coklat gergasi sedang bersedia untuk
terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Angin laut yang menenangkan
membuat Dataran Lang sesuai untuk
berjalan santai dan bergambar. Terdapat juga beberapa buah kerusi untuk
bersantai yang disediakan dikawasan berhampiran. Rasanya tidak lengkap percutian
anda di Pulau Langkawi jika anda tidak bergambar di sini sebagai tanda kenangan
yang anda telah pun sampai ke pulau ini.
Photo Credit : Google.com
Selain itu , Laman Padi merupakan destinasi menarik di
langkawi yang beraspek eco-pelancongan. Di sini anda boleh belajar bagaimana
budaya dan tamadun melayu didalam bidang menanam padi dimulakan. Beroperasi
semenjak tahun 1988, Laman Padi mempunyai keluasan 14.28 ekar dan kawasan
pertanian yang seluas 8.6 ekar. Destinasi ini bertemakan perkampungan melayu dan
mempunyai muzium dan juga sawah yang kecil jika anda hendak cuba tangan menanam
padi sendiri dengan cara tradisional.Ia terletak di Pantai Cenang berdepan
dengan Meritus Pelangi Hotel. Kalau anda daripada lapangan terbang ia mengambil
masa 10 minit jika anda memandu.
Photo Credit : Google.com
Photo Credit : Traveloka
Antara hotel yang
terbaik di Langkawi adalah Best Star Resort. Best Star Resort adalah antara
Resort yang selalu menjadi pilihan pelancong jika ingin menginap di Pantai
Chenang. Ini kerana di Best Star Resort mereka menawarkan penginapan berserta
'breakfast' di mana jarang di tawarkan oleh resort/chalet di Pantai Chenang
disamping lokasinya yang menarik iaitu betul-betul tepi Pantai Chenang. Anda
anda menikmati sarapan pagi sambil ditemani laut yang terbentang luas.
Photo Credit : Best Star Resort Langkawi
Terletak di tengah-tengah Pantai Cenang, Best Star Resort merupakan tempat yang sesuai untuk meneroka Langkawi. Terletak hanya 14. Km dari pusat bandar, para tetamu berada di lokasi sesuai untuk menikmati tarikan dan aktiviti di sekitar bandar. Persekitaran yang terjaga dan kedudukan berhampiran dengan Your Language Books Corner, Pantai Cenang, Cenang Mall memberi hotel ini daya tarikan istimewa.
Best Star Resort juga menawarkan banyak kemudahan untuk memperkayakan penginapan anda di Langkawi. Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan di lokasi untuk memuaskan hati tetamu termasuk yang arif.
Photo Credit : Best Star Resort Langkawi
Best Star Resort mengandungi 115 bilik yang dihias indah dan menawarkan karpet, televisyen skrin rata, internet wayarles, internet wayarles (percuma), penyaman udara. Senarai lengkap kemudahan rekreasi boleh didapati di hotel, termasuk kolam renang terbuka, kolam renang (kanak-kanak), sukan air (bermotor), sukan air (tidak bermotor). Apapun alasan anda untuk melawat Langkawi, Best Star Resort adalah tempat yang sempurna untuk percutian yang menyeronokkan dan menarik.
Photo Credit : Best Star Resort Langkawi
Hotel ini
menawarkan Wifi percuma dan bilik datang serba lengkap dengan penghawa dingin,
teh & kopi percuma dan bilik mandi persendirian.
Ada beberapa bilik tertentu yang mempunyai pemandangan laut dari tingkap bilik. So
tunggu apa lagi cepat book Best Star Resort Hotel Langkawi.
akk suka sangat pi Langkawi
ReplyDeletebut ray x penah langsung pegi langkawi. hmmm xde rezeki lg nak pegi sana
ReplyDeletePernah dah pergi langkawi ini.. Lama dulu.. Ada juga cadangan nak ke sini cuma tak tahu bila.. masih dalam planning..
ReplyDelete