Oct 21, 2019

Night of Fright 7, Tiba lagi!



Siapa belum pergi lagi Night of Fright 7?
Sempena hari halloween pasti setiap tahun Sunway Lagoo akan mengadakan Festival Night of Fright buat kali ke-7. Night of Fright ni apa? Ala rumah hantu, nak tau takut ke tidak kena lah pergi. Bukan setakat hantu dekat haunted house jer ya, disekeliling tempat penuh dengan hantu famous dekat movie tau, ada valak, annabelle, clown (IT) dan banyak lagi. Kalau korang takut die kejarnya. Jangan lupa snap gambar banyak2 ya sebab hantu2 dekat sini semua sporting!

Rugi tak pergi sebab ada 8 haunted house, 2 Scare zones, 11 Thrill Rides dan 2 Show Stages. Bermula 4 Oktober sehingga 3 November 2019, dari pukul 7.30pm - 11.30pm. Kalau dah pilih tarikh, cepat-cepat tau booking, setiap hujung minggu full book. Nak booking boleh melalui online atau walk in, visit https://sunwaylagoon.com/nof7/ .



Setiap minggu penuh, memang crowded lah, jadi saya suggest korang yang nak masuk semua haunted house beli tiket Express Line, confirm berbaloi. Kalau normal line 1 haunted house kena beratur sejam, ramai sangat orang. Harga tiket dari RM60 sehingga RM114. Bawak kawan2 dan officemate ya, pergi ramai2 baru syok.

Oct 6, 2019

Bercuti ke Penang naik Jetstar la

Image result for penang

Kalau rasa dalam minda u guys tu dah penuh dengan masalah and u guys nak tenangkan diri supaya dapat cari solution masalah u guys, start plan untuk pergi bercuti. Kepada u guys yang tak pernah pergi ke Penang aku nak suggestkan yang u guys plan situ sebagai salah satu tempat yang wajib u guys pergi untuk bercuti. Sebab tu aku nak bagitau yang u guys takyah pening-pening nak cari tempat murah atau booking senang sebab sekarang ni kita ada Traveloka. Traveloka tu web dan apps yang boleh setelkan hal booking and u guys boleh buat Jetstar flight booking dengan sesimple yang boleh. Camne caranya u guys mesti tertanya kan. So aku nak ajar sket macam mana. Sebelum tu aku citer dulu apa yang u guys boleh buat kat Penang.

U guys boleh pergi ke Penang dengan Jetstar sebab dia salah satu destination diorang. Kat Traveloka ni u guys boleh cari cheapest flights to Penang and banyak pilihan yang ada dan murah-murah. Antara tempat yang u guys boleh pergi kat Penang ialah Pasar Lorong Kulit adalah satu-satunya pasar karat yang terbesar di Penang yang juga beroperasi setiap hari menjadikan ianya sebuah tarikan yang boleh u guys visit pada bila-bila masa lapang. Syurga bagi para pengumpul barangan antik, u guys boleh menemui bermacam khazanah lampau dari duit-duit lama, setem,  tongkat, radio dan banyak lagi. Jangan lupa untuk bernego dengan peniaga. Bukan sahaja barangan antik, di sini juga terdapat jualan pelbagai lagi barangan yang boleh u guys temui di pasar biasa seperti makanan, buah-buahan, aksesori handphone, pakaian bundle dan banyak lagi. Tapi, berwaspada dengan penyeluk saku dalam kawasan yang sentiasa padat dengan orang ramai ni. Waktu yang diambil untuk puas tengok semuanya adalah dalam sekitar 1 jam lebih.

Kalau selama ini u guys sekeluarga hanya pernah tengok pertunjukan magik melalui kaca tv, dengan melawati Magic World Penang u guys dapat merasai sendiri dunia penuh magikal ini di depan mata sendiri! Dunia magik ini u guys akan terus ‘tempuhi’ sebaik melangkah masuk ke dalam bangunan Magic World Penang di mana u guys perlu melalui lorong berliku atau ‘maze’ kaca. Selepas berjaya keluar dari maze ini u guys akan menemui banyak ilusi optikal. Selain itu, u guys juga dapat menyaksikan pertunjukan magik yang cukup menarik bukan sahaja untuk kanak-kanak tapi juga orang dewasa. Sebelum pulang, jangan lupa untuk singgah ke kedai aksesori untuk membawa pulang barangan magik! Tahukah u guys terdapat 370 jenis buah –buahan yang boleh di makan di Malaysia? Kalau u guys nak merasa buah-buahan tempatan yang aneka jenis datanglah ke Tropical Fruit Farm Penang. Destinasi Agro Tourism ini terletak di Teluk Bahang ini mempunyai keluasan 25 ekar dan dibuka untuk memelihara baka buahan-buhanan exotic yang terdapat di negara kita.


U guys boleh start buat research atau nak riki harga u guys boleh bukak webpage traveloka dan u guys isikan info macam tarikh u guys nak pergi. Kalau nak pergi tu jangan pergi time cuti sekolah atau cuti raya kalau nak murah. Kalau tak kisah atau time tu jerk orang boleh pergi takde hal sebab u guys boleh buat perbandingan harga antara airline. Jetstar ni sebenarnya Airline low budget yang based kat Australia. Pernah menang award pada tahun 2011, 2012 dan 2013 sebagai airlines low budget yang terbaik. So harga dia memang murah. Dia cuma ada 2 jenis seat yang u guys boleh pilih iaitu Economy class dan business class. Tujuan Jetstar sebenarnya nak bagi u guys yang bajet rendah untuk dapat naik kapal terbang so sebab tu la dia agak murah. Kalau u guys rasa nak makan boleh tambah sikit atau beli masa flight, kalau taknak pun boleh. Business plak lebih selesa untuk yang nak spend lebih tapi tak semua flight ada business class so u guys kena find out dulu sama ada tempat yang u guys nak pergi tu ada business class atau tak. Beza dia dengan economy class adalah berat baggage yang u guys nak bawak dan selesa seat dia. So ikut u guys la yer.