Oct 21, 2019

Night of Fright 7, Tiba lagi!



Siapa belum pergi lagi Night of Fright 7?
Sempena hari halloween pasti setiap tahun Sunway Lagoo akan mengadakan Festival Night of Fright buat kali ke-7. Night of Fright ni apa? Ala rumah hantu, nak tau takut ke tidak kena lah pergi. Bukan setakat hantu dekat haunted house jer ya, disekeliling tempat penuh dengan hantu famous dekat movie tau, ada valak, annabelle, clown (IT) dan banyak lagi. Kalau korang takut die kejarnya. Jangan lupa snap gambar banyak2 ya sebab hantu2 dekat sini semua sporting!

Rugi tak pergi sebab ada 8 haunted house, 2 Scare zones, 11 Thrill Rides dan 2 Show Stages. Bermula 4 Oktober sehingga 3 November 2019, dari pukul 7.30pm - 11.30pm. Kalau dah pilih tarikh, cepat-cepat tau booking, setiap hujung minggu full book. Nak booking boleh melalui online atau walk in, visit https://sunwaylagoon.com/nof7/ .



Setiap minggu penuh, memang crowded lah, jadi saya suggest korang yang nak masuk semua haunted house beli tiket Express Line, confirm berbaloi. Kalau normal line 1 haunted house kena beratur sejam, ramai sangat orang. Harga tiket dari RM60 sehingga RM114. Bawak kawan2 dan officemate ya, pergi ramai2 baru syok.

Oct 6, 2019

Bercuti ke Penang naik Jetstar la

Image result for penang

Kalau rasa dalam minda u guys tu dah penuh dengan masalah and u guys nak tenangkan diri supaya dapat cari solution masalah u guys, start plan untuk pergi bercuti. Kepada u guys yang tak pernah pergi ke Penang aku nak suggestkan yang u guys plan situ sebagai salah satu tempat yang wajib u guys pergi untuk bercuti. Sebab tu aku nak bagitau yang u guys takyah pening-pening nak cari tempat murah atau booking senang sebab sekarang ni kita ada Traveloka. Traveloka tu web dan apps yang boleh setelkan hal booking and u guys boleh buat Jetstar flight booking dengan sesimple yang boleh. Camne caranya u guys mesti tertanya kan. So aku nak ajar sket macam mana. Sebelum tu aku citer dulu apa yang u guys boleh buat kat Penang.

U guys boleh pergi ke Penang dengan Jetstar sebab dia salah satu destination diorang. Kat Traveloka ni u guys boleh cari cheapest flights to Penang and banyak pilihan yang ada dan murah-murah. Antara tempat yang u guys boleh pergi kat Penang ialah Pasar Lorong Kulit adalah satu-satunya pasar karat yang terbesar di Penang yang juga beroperasi setiap hari menjadikan ianya sebuah tarikan yang boleh u guys visit pada bila-bila masa lapang. Syurga bagi para pengumpul barangan antik, u guys boleh menemui bermacam khazanah lampau dari duit-duit lama, setem,  tongkat, radio dan banyak lagi. Jangan lupa untuk bernego dengan peniaga. Bukan sahaja barangan antik, di sini juga terdapat jualan pelbagai lagi barangan yang boleh u guys temui di pasar biasa seperti makanan, buah-buahan, aksesori handphone, pakaian bundle dan banyak lagi. Tapi, berwaspada dengan penyeluk saku dalam kawasan yang sentiasa padat dengan orang ramai ni. Waktu yang diambil untuk puas tengok semuanya adalah dalam sekitar 1 jam lebih.

Kalau selama ini u guys sekeluarga hanya pernah tengok pertunjukan magik melalui kaca tv, dengan melawati Magic World Penang u guys dapat merasai sendiri dunia penuh magikal ini di depan mata sendiri! Dunia magik ini u guys akan terus ‘tempuhi’ sebaik melangkah masuk ke dalam bangunan Magic World Penang di mana u guys perlu melalui lorong berliku atau ‘maze’ kaca. Selepas berjaya keluar dari maze ini u guys akan menemui banyak ilusi optikal. Selain itu, u guys juga dapat menyaksikan pertunjukan magik yang cukup menarik bukan sahaja untuk kanak-kanak tapi juga orang dewasa. Sebelum pulang, jangan lupa untuk singgah ke kedai aksesori untuk membawa pulang barangan magik! Tahukah u guys terdapat 370 jenis buah –buahan yang boleh di makan di Malaysia? Kalau u guys nak merasa buah-buahan tempatan yang aneka jenis datanglah ke Tropical Fruit Farm Penang. Destinasi Agro Tourism ini terletak di Teluk Bahang ini mempunyai keluasan 25 ekar dan dibuka untuk memelihara baka buahan-buhanan exotic yang terdapat di negara kita.


U guys boleh start buat research atau nak riki harga u guys boleh bukak webpage traveloka dan u guys isikan info macam tarikh u guys nak pergi. Kalau nak pergi tu jangan pergi time cuti sekolah atau cuti raya kalau nak murah. Kalau tak kisah atau time tu jerk orang boleh pergi takde hal sebab u guys boleh buat perbandingan harga antara airline. Jetstar ni sebenarnya Airline low budget yang based kat Australia. Pernah menang award pada tahun 2011, 2012 dan 2013 sebagai airlines low budget yang terbaik. So harga dia memang murah. Dia cuma ada 2 jenis seat yang u guys boleh pilih iaitu Economy class dan business class. Tujuan Jetstar sebenarnya nak bagi u guys yang bajet rendah untuk dapat naik kapal terbang so sebab tu la dia agak murah. Kalau u guys rasa nak makan boleh tambah sikit atau beli masa flight, kalau taknak pun boleh. Business plak lebih selesa untuk yang nak spend lebih tapi tak semua flight ada business class so u guys kena find out dulu sama ada tempat yang u guys nak pergi tu ada business class atau tak. Beza dia dengan economy class adalah berat baggage yang u guys nak bawak dan selesa seat dia. So ikut u guys la yer.

Jul 21, 2019

Menginap di Avenue Garden Bangi Hotel




Siapa pernah pergi Bangi Wonderland Theme Park? Ha kalau nak tahu Avenue Garden Hotel sangat berdekatan dengan Bangi Wonderland. Sebenarnya hotel ni dah dekat dengan rumah saya tapi disebabkan keluarga datang , saya book bilik di sini. Selalu pergi kerja balik kerja lalu teringin jugak nak bermalam kan. Haritu saya first time datang, memang cantik dan ekslusif lah. Tak sangka hotel dekat rumah ni selesa sangat! Saya ambil 2 single bed dengan harga Walk in RM208. 



Fasiliti cukup lengkap, ada TV, aircond dan FREE WIFI. untuk parking anda perlu park dekat kawasan yang disediakan. Parking memang senang, ambil jer tiket, lepas tu jika nak keluar bagi resit parking dekat admin hotel untuk cop, tiada bayaran untuk parking yang menginap di hotel ini.








Bagi saya Avenue garden sangat selesa untuk menginap, bilik luas dan lobi yang sangat menarik.
    Nak tempah boleh pergi ke laman web https://avenuegardenhotel.com.my/
AddressNo.3, Pusat Perniagaan Bangi Avenue, Persiaran Bangi Avenue, Seksyen 2, Taman Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor


Jul 18, 2019

TAK SANGKA MENANG SEGMEN 9 JUTA


Assalamualaikum, sebenarnya saya lupa ada join segmen dari sayidahnapisah . Nampak dekat reading list, ada kawan blogger berjaya jugak masuk bloglist. Atiah pun terpikir rasa ada join jugak segmen ni, https://chea94.blogspot.com/2019/07/segmen-9-juta-special-bloglist.html. Check entry Sayidah tengok nama blog naik 'Pemenang Segmen 9 Juta Special Bloglist' . Bukan senang dapat masuk nama dalam blog yang hebat-hebat ni. Tahniah kepada pemenang yang lain.

Jul 16, 2019

Filem dari Hollywood Based on True Story

Mesti ramai yang fan dengan filem kan, saya nak kongsi antara filem dari Hollywood dari kisah benar tau di adaptasi ke layar filem dan mendapat kutipan box office. Ada masa dekat rumah boleh lah menonton di online atau Neflix. Banyak filem yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Selamat menonton!

1. THE 33

Image result for the 33

Serangan bencana pada 5 Ogos 2010, ketika tembaga dan lombong emas runtuh di Chile, menyebabkan 33 orang terperangkap di bawah tanah. Dengan lebih daripada 2,000 kaki batu dalam perjalanan mereka, anggota pasukan penyelamat bekerja tanpa henti selama 69 hari untuk menyelamatkan mereka. Di bawah runtuhan, para pelombong memulakan usaha keras untuk bertahan, berlawan dengan panas yang meresap dan tiada keperluan untuk makan dan minum. Dengan keluarga, rakan-rakan dan seluruh dunia menonton, ia menjadi satu dugaan dan ujian untuk mereka terus hidup tanpa kenal erti putus asa.



2. HACKSAW RIDGE

Image result for hacksaw ridge

Kisah sebenar Pfc. Desmond T. Doss (Andrew Garfield), yang memenangi Pingat Keamanan Kongres walaupun enggan memegang senjata semasa Perang Dunia II atas alasan agama. Doss digubal dan disiksa oleh rakan-rakan tentera untuk pendiriannya, tetapi terus menghormati dan memuji keberaniannya, tanpa rasa mementingkan diri dan belas kasihan selepas dia mempertaruhkan nyawanya - tanpa melepaskan tembakan - untuk menyelamatkan 75 orang dalam Pertempuran Okinawa.

3. CAPTAIN PHILLIPS

Image result for Captain Phillips

Pada bulan April 2009, kapal persada A.S. Maersk Alabama berlayar ke arah destinasinya pada hari yang kelihatan seperti yang lain. Tiba-tiba, lanun Somalia berlumba ke arah kapal, naik ke atas dan nak rompak. Kapten kapal, Richard Phillips (Tom Hanks), kelihatan melindungi kru mereka dari penyerang bermusuhan, dan pemimpin mereka, Muse (Barkhad Abdi). Phillips mesti menggunakan kecerdasannya untuk memastikan semua orang bertahan dan kembali ke rumah dengan selamat.

4. 127 Hour

Image result for 127 Hours (2010)

Semasa menjelajah sebuah canyon terpencil di Utah, pendaki gunung dan petualang Aron Ralston (James Franco) menjadi terperangkap apabila batu jatuh ke atas lengannya. Dalam tempoh lima hari yang akan datang, Ralston memeriksa hidupnya dan menganggap pilihannya, membawa dia ke pilihan yang menyedihkan: untuk memotong tangannya supaya dia boleh melepaskan diri dan cuba kembali ke tamadun atau terus disematkan ke tembok ngarai dan mungkin mati. Berdasarkan buku Ralston, "Antara Batu dan Tempat yang sukar."

5. DEEPWATER HORIZON

 Image result for deepwater horizon film

Pada 20 April 2010, rig penggerudian Deepwater Horizon meletup di Teluk Mexico, memancarkan bola api besar-besaran yang membunuh beberapa anak kapal. Juruteknik ketua elektronik, Mike Williams (Mark Wahlberg) dan rakan-rakannya mendapati diri mereka untuk terus hidup kerana api marak. Mereka mesti menggunakan kecerdasan untuk terus hidup di tengah-tengah semua kekacauan.

6. EVEREST

Image result for everest film

Pada pagi 10 Mei 1996, pendaki (Jason Clarke, Josh Brolin) dari dua ekspedisi memulakan pendakian terakhir mereka ke puncak Gunung Everest, titik tertinggi di Bumi. Dengan sedikit amaran, badai menyerang gunung itu, melanda para pengembara di salah satu badai salji yang pernah ditemui oleh manusia. Dihantui oleh keadaan yang paling sukar dibayangkan, pasukan mesti menahan angin dan suhu beku. Mereka perlu bertahan menghadapi kemungkinan yang hampir mustahil.

7. SULLY

Image result for Sully

Pada 15 Januari 2009, Kapten Chesley "Sully" Sullenberger (Tom Hanks) cuba membuat pendaratan kecemasan di Sungai Hudson New York selepas Penerbangan Amerika Syarikat 1549 menyerang kawanan angsa. Secara ajaib, kesemua 155 penumpang dan anak kapal bertahan hidup dalam keseronokan yang mengerikan, dan Sullenberger menjadi wira negara di mata orang ramai dan media. Walaupun pengiktirafan, juruterbang terkenal kini menghadapi penyiasatan yang boleh memusnahkan kerjaya dan reputasinya.

8. BACKCOUNTRY

Image result for Backcountry FILM

Alex dan Jenn telah meninggalkan bandar untuk berkhemah di negara itu. Selepas berangkat di hutan, mereka menyedari bahawa mereka telah terlupa bawa telefon dan sesat. Dalam perjalanan itu, mereka bertahan untuk hidup apabila mereka terjumpa seekor beruang.

9.  AMERICAN GANGSTER

Image result for american gangster

Filem jenayah pada tahun 2007 berdasarkan kehidupan ahli gangster Frank Lucas, berlaku pada tahun 1970an, pengedar dadah, yang terkenal kerana cara pintar penyeludupan heroinnya ke dalam negara. Dia menyeludup dadah dengan cara pesawat perkhidmatan Tentera AS. Bintang filem Denzel Washington dalam peranan titel dan Russell Crowe. American Gangster dihasilkan dan diarahkan oleh Ridley Scott.

10. UNBROKEN

Image result for UNBROKEN FILM

Louis "Louie" Zamperini sentiasa dalam masalah, tetapi dengan bantuan kakaknya, dia mengubah hidupnya dan menyalurkan tenaganya ke dalam larian, kemudian berjaya untuk Sukan Olimpik 1936. Apabila Perang Dunia II terputus, Louie masuk dalam tentera. Selepas kemalangan pesawatnya di Pasifik, dia bertahan dengan 47 hari yang luar biasa di dalam rakit, sehingga ditangkap oleh tentera laut Jepun. Dihantar ke kem tahanan, Louie menjadi sasaran utama komander penjara yang sangat kejam.

Jul 13, 2019

PEMENANG CONTEST SAYA NAK DUIT RAYA

Assalamualaikum semua
Maaf lewat untuk umumkan pemenang disebabkan hal yang tidak dapat dielak
Hari ini baru ada masa terluang untuk post entry. Terima kasih kepada semua yang join contest saya tahun ini.

Senarai Nama URL blog yang join : KLIK SINI

TAHNIAH KEPADA 2 ORANG PEMENANG YANG BERTUAH
Pemenang akan menerima RM50 dari saya, yang tidak berjaya jangan bersedih. InsyaAllah ada rezeki yang lain.




1. 8. https://pemudattbc.blogspot.com/2019/06/contest-saya-nak-duit-raya.html



2. 17. https://puansyah.blogspot.com/2019/06/contest-saya-nak-duit-raya.html

Pemenang boleh DM di Instagram saya misscheare atau email ke nuratiah.mulkan@gmail.com sertakan Nama blog dan Acc Bank No.


Jul 2, 2019

Senarai Nama CONTEST SAYA NAK DUIT RAYA


Assalamualaikum, Terima kepada semua blogger yang sudi memeriahkan contest saya. InsyaAllah pemenang saya akan umumkan weekend ni ya. Siapa yang belum lagi join tapi nak join saya buka sampai jumaat ini ya, boleh klik sini untuk join. Boleh lah visit kawan-kawan blogger di bawah ya. Dua Pemenang akan menerima RM50 tau.

Senarai Nama URL blog yang join :


Selamat ber blogwalking

Segmen 9 Juta Special Bloglist

Segmen 9 Juta Special Bloglist

Assalamualaikum semua, dah lama Atiah tak join Segmen dekat blog ni. Sayidah jemput join , haruslah saya join. Nasib baik sempat lagi join segmen ini. Tarikh akhir penyertaan 4 Julai 2019. Blogger yang belum lagi join, boleh klik di banner ya. Saya nak ucapkan tahniah pada Sayidah dengan 9 Juta view! Bukan senang nak view sebanyak tu. 

Tiga first impression orang terhadap Atiah. Ada kawan bagi tahu yang saya mudah didekati, mungkin saya ada aura boleh masuk semua orang. Kedua, tak da perasaan kot, sebab diorang cakap. atiah kalau kena marah ke apa ke mesti cool jer. tak emo pun. Tah lah hidup ni kalau marah jer, hati tak tenang. So positif kan hidup anda setiap hari. Jadi takde lah masalah, kalau ada masalah fikir macam mana nak solve our problem. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Ketiga, umur tak sama dengan muka, yalah saya ni pendek. Bila cakap umur 25 tahun, ramai tak percaya. 

Jun 24, 2019

CONTEST SAYA NAK DUIT RAYA



Assalamualaikum pembaca blog sekalian, Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.
Dah lama saya tak buat contest, rasa macam nak bagi duit raya lah dekat kawan-kawan blogger

Syarat-syarat untuk masuk peraduan ini
1. Mestilah ada akaun blogger.
2. Follow blog saya https://chea94.blogspot.com/
3. Buat entri bertajuk CONTEST SAYA NAK DUIT RAYA
4. Hantar URL entri anda dalam ruangan komen.
5. Segmen akan Tamat pada 1 July 2019.
6. Follow Instagram saya, misscheare

2 orang pemenang akan terima RM50!

Pemilihan pemenang random.org

May 12, 2019

Jom tengok movie di Sunway Velocity

Related image

Asssamualaikum semua dan Salam Ramadhan, alhamdulilah bertemu lagi kita ramadhan tahun ini.

Sebelum berpuasa haritu, cuti hari pekerja 1 May, semestinya tengok movie Avenger End Game, movie yang ditunggu tunggu kan mesti lah wajib tengok, kali ini merasa tengok movie di Sunway Velocity TGV Indulge. Booking online pun tinggal seat depan jer, tapi takpelah sebab baring, best jer duduk depan. Nak merasa lah pulak tengok movie baring sambil makan. Harga tiket untuk seat macam dekat gambar tu RM54. Jika nak order makanan boleh order kat Ipad tu, nanti staff TGV akan hantar terus dekat anda, boleh bayar Cash atau Debit. Barulah best tengok movie 3 jam macam ni kan. Nak tahu lebih lanjut Indulge Cinema, Klik sini




Sementara nak tunggu movie start boleh lah rehat-rehat dekat sini , Khas untuk tiket Indulge. Kalau nak makan pun boleh. Tempat sangat ekslusif ,cantik dan selesa. Toilet pun cantik dan bersih. Memang 5 star lahhh!



Apr 28, 2019

Abam Kie's Birthday Giveaway

Salam semua
walaupun saya dah lama tak aktif dalam blogger, dikesempatan ini saya nak support rakan-rakan blogger. Maaf sekian lama tak update blog. Kalau ada masa saya cuba untuk aktif kembali. Rindu nak menulis dan baca entry blog rakan-rakan yang lain.

Saya nak ucapkan Selamat Hari Jadi Abang Kie, saya rasa dah lama tak bertegur dengan abang kie ni. Semoga murah rezeki dan panjang umur serta sentiasa aktif dalam blog!

 http://www.zukidin.com/2019/04/abam-kies-birthday-giveaway.html





Doa yang para malaikat berebut-rebut turun untuk mencatat amalan ini jika kita baca

Salam, semasa saya menunaikan umrah pada bulan Februari tahun ini, alhamdulilah saya terjumpa ayat ini di twitter di share oleh seorang hamba Allah, saya hafal sebelum sampai di Madinah. Setiap solat pasti saya baca. Sama-sama kita amalkan ayat ini.

Selepas kita bangun dari rukuk; iktidal, "sami’allahu liman hamidah, rabbana wa lakal hamd" dan terus kita sambung baca doa di bawah ni

IMG_20181018_000822_366