Jul 17, 2022

Bercuti di Redang Beach Resort Pulau Redang

 


Tahun 2022 barulah ada peluang nak jejak pulau tercantik di Malaysia ni. Perjalanan dari Perak ke Kuala Terengganu 8 jam, kami ambil bas pukul 9.30 malam dan sampai pukul 7 pagi, dah sampai kami makan pagi Nasi dagang RM3 sahaja. Kalau dekat KL/selangor susahnya nak dapat harga macam tu. Selepas itu kami naik myBas  untuk pergi ke jeti Merang. 

Perjalanan mybas ke jeti sejam macam tu RM4.70 per pax . Sampai je jeti merang kami berangkat pula di Al Ameen Jeti untuk tunggu boat di sana, lebih kurang 5 minute sahaja naik kereta. Nasib baiklah akak restaurant dekat jeti merang hantarkan , orang ganu ni baik2 sangat dan mudahkan perjalanan kami berdua. Kami pertama kali datang jadi tak pasti al ameen jeti tu dekat mana . akak tu cakap kalau jalan kaki jauh dik, akak hantarkan. 

Selepas itu kami register dulu nama di bawah Redang Beach Resort. Dekat situ memang team resort dah tunggu dan semak nama kami untuk naik boat pukul 10.30am . Al Ameen jeti ke Pulau Redang lebih kurang 40 minutes.


                                              vlog di Redang Beach Resort. Like & Subscribe ya 

Kami menginap di Redang Beach Resort dan ambil pakej diving selama 3 hari 2 malam. Resort kami terletak di Long Beach dan bersebelahan dengan Laguna Redang Island Resort. Total bayaran RM9++ per pax termasuk;

  • Boat transfer (pergi dan balik)
  • Makan (breakfast, lunch, tea break dan dinner)
  • Penginapan 2 malam 
  • Diving (4 boats dives with dive guide) , tank & weight
  • Marine park fees (Malaysian)
Selain diving Redang Beach Resort menyediakan pakej snorkeling, nak tahu lebih lanjut boleh visit https://www.redang.com.my/




Best ke Redang Beach Resort?
  • Makanan yang disediakan secara buffet  sedap dan kena dengan tekak melayu. Hari-hari lauk berlainan. Ada juga disediakan bbq dinner . saya bagi 5/5 for food .
  • Dive centre team sangat friendly dan membantu saya dan adik yang dah lama tak dive.Sebelum dive  mereka briefing dulu checkpoint dan facility sangat teratur tempat untuk letak barang, ada dryer, locker, cuci equipment, disediakan bilik charge battery camera/gopro dan toilet. 
  • Selain itu, ada disediakan souvernior shop di Redang Beach Resort. Saya beli baju dan fridge magnet, mana tau tak sempat nak beli sesiap beli di resort. Kedai runcit pun ada ya (mana tau malam kelaparan boleh lah beli)
  • Reception sangat membantu , saya request untuk sediakan kenderaan dari jeti al ameen ke jeti merang masa balik. Bayaran dikenakan RM5 sahaja.
  • Disediakan kenderaan untuk angkat bag dari jeti ke Resort. takde lah berat guest nak bawak sampai ke Resort.
  • Tempat sangat bersih dan view pun cantik. Sangat recommend untuk korang menginap di Redang Beach Resort .
  • Ada juga disediakan untuk korang buat aktiviti bola tampar pantai, kalau bosan boleh lah petang2 main dengan kawan-kawan dan keluarga
Banyak lagi resort yang ada di Pulau Redang yang korang boleh survey yang penting korang happy sepanjang tinggal dekat Pulau. Jomlah ke Redang tahun ini.