Jun 11, 2022

She Was Pretty Malaysia di platform Viu

 


Penuh ya video teaser dekat Tiktok sekarang She Was Pretty versi Malaysia bakal ditayangkan di Viu. Pelakon Utama untuk versi Malaysia diterajui oleh Diana Danielle ,Aiman Hakim dan Alvin Chong . Ramai yang excited untuk versi Malaysia ni mana taknya drama korea memang best la pelakon Park Seo Joon dan Hwang Jung-eum. Rating pulak tinggi.  Mesti akan buat perbandingan pelakon dan jalan cerita . 

Sinopsis She Was Pretty

Hanif dan Nadia adalah kawan zaman kanak-kanak dan akan bertemu semula selepas 15 tahun tidak berjumpa. Mereka buat keputusan untuk berjumpa tetapi Hanif tidak mengenali Nadia kerana wajah Nadia telah berubah dan tidak secantik masa zaman kanak-kanak. Nadia meminta kawan nya untuk menyamar sebagai diri dia. Adakah Nadia akan reveal sebagai diri dia yang sebenar ? Akan ada konflik percintaan dan komedi romantis , Jom menonton di platform Viu She Was Pretty.

Jun 9, 2022

Nifayyi Warung dan Kafe - Best Warung di Ipoh

 

Tak tau nak cakap macam mana , Sedap nya makanan dekat Nifayyi cafe ni . Saya ni tak pernah menipu kalau bab makan. Kalau saya review tu sedap confirm sedap . Patutlah ramai orang dekat cafe tu , saya dan kawan-kawan dah siap booking 3 hari sebelum . Kalau tak mau lah tunggu lama dekat luar. Nifayyi warung dan cafe dibuka setiap hari pukul 12 tengah hari sehingga 11.30 pm . Bukan jer makan jer sedap deko dia sangat cantik dan tenang. so korang jangan lupa OOTD dekat cafe ni .



Saya tengok jer menu banyak betul sampai tak tahu nak pilih yang mana. Saya nak makan western dan pilih Chargrill Chicken Chop Spaghetti Aglio Olio (spicy) . Portion die besar jadi sangat berbaloi dengan harga. Korang boleh jer pergi dekat website die nak tengok menu makanan klik sini .Service ok tip top sebab makanan dapat cepat dan yang paling utama toilet bersih. Surau pun ada disediakan tau.




Macam biasa dah sampai Ipoh jangan lupa ya singgah. Book dulu sesiap , whatsapp jer admin di 010-3732368 . Ha ni ada video dekat Tiktok - https://vt.tiktok.com/ZSdGgcGM5/?k=1

Lokasi :

No. 77, Jalan Kamaruddin Isa,

Taman Fair Park, 31400

Ipoh, Perak

Jun 7, 2022

Tempat Menarik di Ipoh - Gua Kek Look Tong

 


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Post terakhir saya November 2020, tiba - tiba saya teringat blog saya, lama sungguh tak login, nasib boleh login lagi sebab email masih aktif sampai sekarang. Bayangkan 2 tahun tak kemaskini blog macam -macam berlaku dekat diri dan negara. ah gitu. Walaubagaimanapun hidup harus diteruskan.


ok, back to the story sebagai IC O8 semestinya saya nak kongsi tempat cantik di negeri sendiri la. Saya jejak ke gua ni sebelum puasa , cerita 3 bulan lepas ni nak ingat balik. Saya dan rakan waze jer Gua Kek Look Tong dan terus sampai , tak sesat ya . Nak parking pun senang dan free sahaja. Untuk makluman dah sampai jaga tingkah laku ya disebabkan Gua Kek Look Tong ini adalah tempat ibadat masyarakat Cina . Tapi jangan risau dibenarkan untuk masuk . Tiada bayaran untuk masuk , ya FREE tetapi untuk aktiviti sewa boat, sewa basikal, bagi ikan makan tu ada lah caj. Dibuka setiap hari 9am sehingga 4pm.

Keunikan batu kapur di Gua Kek Look Tong ni cantik , bila masuk jer dalam gua ni sejuk dan berangin. Keluar pulak gua terus nampak keindahan tasik. Dekat situ boleh sewa paddle boat, basikal dan jalan2 di tasik.

Kalau dah sampai Ipoh tu jangan lupa lah singgah. Jom click video tiktok saya pergi Gua Kek Look Tong

Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSdsGNEUR/?k=1