Apr 22, 2020

Bazaar Ramadhan melalui Online 2020

Sudah sebulan kita duduk dekat rumah , bulan Ramadhan pun dah dekat. Walaupun negara kita masih dalam perintah kawalan pergerakan dan tiada bazaar Ramadhan pada tahun ini. Banyak aplikasi melalui online untuk rakyat Malaysia berbuka puasa nanti. Order sahaja melalui aplikasi EvenzMY terus sampai makanan di depan rumah. Jangan lupa download apps EvenzMY di smartphone anda. #stayathome

Apr 20, 2020

Drama Terbaru Lee Min Ho : THE KING ETERNAL MONARCH

Lee Min-ho returns with fantasy series The King: Eternal Monarch ...

Siapa tak kenal Lee Min Ho dan Kim Go Eun, memang orang tunggu tunggu lee min ho keluar TV, kali terakhir drama The Legend of the blue sea. Akhirnya drama The King Eternal Monarch menyatukan dua pelakon hebat! Episode pertama baru sahaja ditayangkan pada 17 April 2020.

Drama ini mengesahkan dua alam semesta. Alam semesta macam mana tu?
Min ho membawa watak Lee Goo , maharaja yang cuba untuk menutup pintu antara 2 dunia dari kuasa jahat nak lindung negara dia.  Kim Go Eun membawa watak sebagai detektif Jung Tae Eul dan Luna. Untuk watak Luna ni die seorang penjenayah pada dunia raja korea.

Anda semua boleh tengok di Netflix atau dramacool .



Apr 18, 2020

Segment Share Resepi Perintah berkurung


Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger

 http://www.mamapipie.com/2020/04/segment-share-resepi-perintah-berkurung.html

Jom join GA dari Mamapipie. Klik banner untuk join. Semoga berjaya semua blogger


  • " Mari lihat 30 Makanan Tradisional Melayu Paling Popular di Malaysia "


  • Tarikh tutup penyertaan pada 5 May 2020


    Resepi saya ----> MASAK LEMAK CILI PADI PALING SENANG







    Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan paling Simple dan Style

    Assalamualaikum blogger. fuh berhabuk blog ni. selamat duduk di rumah semua warga dunia . Hari ini baru saya dapat menulis. Bila time PKP memang hari-hari berazam nak aktif balik blog tapi disebabkan nak mula balik tu rasa nak bukak enjin lambat sikit dan saya time PKP work from home. Jadi gitulah baru hari ni bermulanya. Sumpah rindu nak blog ni. Korang buat apa dekat rumah? Saya tengok drama korea, masak, makan dan baca twitter! Yes I miss my family. takpelah kita sama-sama berkorban untuk nyahkan COVID19 di Malaysia. InsyaAllah



    Saya nak share satu masakan yang saya tak sangka begitu simple dan mudah ya versi Negeri Sembilan ni. Yang pasti mestilah sedap. Masak Lomak ni ada pelbagai cara tapi bagi yang bujang nilah pihannya. Yang tak pandai masak pun boleh pandai.

    Bahan-Bahannya adalah
    Ayam
    serai
    cili api
    kunyit hidup
    santan
    Kentang
    asam keping
    garam

    Cara-caranya
    1) Masukkan ayam dan serai sekali.
    2) Blend cili api nak pedas kaw kaw (20-30 biji) ikut anda semua nak pedas biasa-biasa ke atau pedas giler sekali dengan kunyit hidup. Seterusnya boleh letak dekat dalam periuk
    3) Tunggu ayam kecut baru masuk santan dan garam
    4) Masukkan kentang dan asam keping
    4) Siap , is done. Selamat mencuba