Dec 23, 2018

Review Aquaman Filem

Image result for aquaman

Hi, Siapa dah tengok Aquaman?
Cerita pasal duyung ke, mesti mengenai superhero laut. Oh tidak!!
Filem terbaru arahan James Wan, yang berasal dari Sarawak sangat superb sebagai Filem Superhero Terbaik 2018. Lakonan Jason Momoa sebagai karakter superhero yang Sado, badan tegap dan penuh tatoo dan sedikir kelakar memang menarik cerita ini. Princess Mera pulak tak boleh lawan lah dengan kecantikan dia . Dan kelainan visual CGI di dasar laut memang macam REAL, tak sangka ada kehidupan alam berbeza bila tengok filem ini. Rasanya more than 70% cerita ni view dalam Laut.

Sinopsis Filem Aquaman

Permulaan cerita ini, ayah Aquaman ni manusia biasa terjumpa dan selamatkan seorang puteri Atlantis terdampar kat laut, ayah dia ni penjaga rumah api. Biasalah Princess Atlanna ni cantik confirm lah ayah dia suka, diorang bercinta dan berkahwin sehinggalah lahirnya Arthur Curry iaitu Aquaman. Tengah suka2, tiba-tiba tentera dari Atlantis serang mereka, jadi Princess Atlanna terpaksa pulang ke negara dia sebab nak selamatkan suami dan anaknya. Lepas tu tak balik-balik dah, tak tahu Princess ni dah mati atau pun hidup lagi.

Aquaman ini ada kuasa sebab ikut keturunan mak dia. Orang panggil dia Aquaman sebab dia boleh bertahan dalam air dan boleh komunikasi dengan makhluk dalam laut. Bila dah besar biasalah konflik perebutan takhta, Mitos trisula dan tercetus peperangan antara penduduk daratan dan laut. Nak tengok CGI dalam laut boleh pergi ke pawagam terdekat anda. Sumpah rasa macam ada dekat Laut setiap masa. Saya bagi 4/5 Star. Bagi saya Filem DC paling saya suka Suicide Squad. Aquaman the 2nd Filem terbaik DC.

7 comments:

  1. Lom tngk lg. Kalau ada masa, nak pi tngk

    ReplyDelete
  2. Lom tngk lg. Kalau ada masa, nak pi tngk

    ReplyDelete
  3. Good blog post....very informative....thanks for sharing with us..
    Book online bus tickets from Redbus

    ReplyDelete
  4. Baca sinopsis rasa menarik cerita Aquaman ni.. Kalau berpeluang boleh pergi tengok..

    ReplyDelete
  5. Tak sempat nak tengok kat wayang... kena tunggu Astro tayangkan

    ReplyDelete
  6. filem dia best gila!
    salam perkenalan. Kita follow n singgah sini ya.
    https://faradidi.blogspot.com

    ReplyDelete