Jul 1, 2018

Bagaimana mahu menjadi blogger yang rajin

Image result for hardworking

Hi semua,
Kadang-kadang saya tertanya-tanya bagaimana mahu menjadi blogger yang rajin, sentiasa update entry setiap hari. Ya masa saya free duduk rumah memang saya ada masa untuk berblog. Tetapi bila masa saya jadi pelajar dekat Universiti, dan sekarang sudah bekerja, memang sukar nak menulis, seminggu sekali pun susah. Bila dah balik bekerja, malam tu dah penat nak bukak laptop pun jadi malas. Saya cukup kagum pada blogger yang bekerja tetapi mesti tidak jemu post entry setiap hari. Bulan lepas entry saya satu sahaja dapat buat di sebabkan bulan puasa dan raya saya bekerja non stop. Cuti hanya Raya pertama sahaja. Jadi post bulan lepas amat mengecewakan.

Kalau nak ikutkan saya tiada cerita untuk cerita, memang banyak nak kongsi tapi itulah tak RAJIN. Trip saya ke Cameron, review menginap dekat Pullman dan baru-baru ini travel bagpacker di Hatyai. Tapi InsyaAllah saya akan post satu-satu jika ada masa ya.

Semoga saya sentiasa aktif dalam dunia blog.




No comments:

Post a Comment