Dec 23, 2018

Review Aquaman Filem

Image result for aquaman

Hi, Siapa dah tengok Aquaman?
Cerita pasal duyung ke, mesti mengenai superhero laut. Oh tidak!!
Filem terbaru arahan James Wan, yang berasal dari Sarawak sangat superb sebagai Filem Superhero Terbaik 2018. Lakonan Jason Momoa sebagai karakter superhero yang Sado, badan tegap dan penuh tatoo dan sedikir kelakar memang menarik cerita ini. Princess Mera pulak tak boleh lawan lah dengan kecantikan dia . Dan kelainan visual CGI di dasar laut memang macam REAL, tak sangka ada kehidupan alam berbeza bila tengok filem ini. Rasanya more than 70% cerita ni view dalam Laut.

Sinopsis Filem Aquaman

Permulaan cerita ini, ayah Aquaman ni manusia biasa terjumpa dan selamatkan seorang puteri Atlantis terdampar kat laut, ayah dia ni penjaga rumah api. Biasalah Princess Atlanna ni cantik confirm lah ayah dia suka, diorang bercinta dan berkahwin sehinggalah lahirnya Arthur Curry iaitu Aquaman. Tengah suka2, tiba-tiba tentera dari Atlantis serang mereka, jadi Princess Atlanna terpaksa pulang ke negara dia sebab nak selamatkan suami dan anaknya. Lepas tu tak balik-balik dah, tak tahu Princess ni dah mati atau pun hidup lagi.

Aquaman ini ada kuasa sebab ikut keturunan mak dia. Orang panggil dia Aquaman sebab dia boleh bertahan dalam air dan boleh komunikasi dengan makhluk dalam laut. Bila dah besar biasalah konflik perebutan takhta, Mitos trisula dan tercetus peperangan antara penduduk daratan dan laut. Nak tengok CGI dalam laut boleh pergi ke pawagam terdekat anda. Sumpah rasa macam ada dekat Laut setiap masa. Saya bagi 4/5 Star. Bagi saya Filem DC paling saya suka Suicide Squad. Aquaman the 2nd Filem terbaik DC.

Nov 17, 2018

Segmen Blog Review 2018

 http://www.shuhaidasaad.com/2018/11/segmen-blog-review-2018.html


Salam Sejahtera,
Jom memeriahkan segmen blog review by  SHUHAIDA SAAD .
Segmen ini berlangsung sehingga 24 December 2018. Dah lama tak blogwalking blog ni.

Nov 6, 2018

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz

Tak lama lagi nak masuk 2019 dah, adoi jodoh tak sampai2 lagi ni. Hmmm .takpelah kalau belum sampai jodoh boleh lah plan macam2 untuk tahun depan kan, Hiking ke, travel ke or jalan2 cari makan tu yang nak sangat PLANNER 2019 ni.

Jom join giveaway by Blog Lullabysz. Giveaway ini berlangsung 4 November sehingga 30 November 2018.

LAZADA 11.11 SHOPPING FESTIVAL



Hi, Lazada 11.11 shopping festival Comeback 'The Biggest ONE DAY SALE'  pada 11 NOVEMBER 2018 ini. Jom ramai-ramai shopping online di LAZADA. Tawaran serendah RM1 dan diskaun 90% tau!

Kalau nak di ikutkan memang banyak barang nak beli, dah LAZADA buat sale ni, mestilah join kan,. Rugi tak beli time sale ni. Tapi tulah duit pun dah banyak bayar macam-macam. dapat ke saya beli time sale ni, hmmmm. Antara barang wishlist yang nak beli time Lazada 11.11;



Handphone pakai sekarang, dah macam-macam rosak,  dah dekat 5 tahun berkhidmatnya. Saya pun dah lama tak tukar handphone baru. Orang cakap HUAWEI MATE PRO ni cantik bila snap gambar. Kerja saya banyak menggunakan kamera dan video. Ramai suggest untuk pakai Huawei Mate 20 pro ni, FREE wireless charger pulak tu. 


Saya dah 3 bulan pindah rumah sewa baru, tulah bilik kosong lagi tiada desk drawer. Bila tengok ada FREE SHIPPING, harga pun OK, tak sabar nak tunggu 11 November ni. Desk drawer ni boleh lah saya letak barang2 peribadi, buku dan pelbagai. 


Langsir pun tak ada lagi dekat rumah sewa ni, nak tunggu sale baru nak beli. Sekarang terlopong jer tingkap kita. Tengok dekat Lazada cantiknya. Pelbagai color ada tau. Brand new dan high quality,elegant style dan material pun okay.


Semoga ada rezeki memang Lazada blogger contest  tahun ni. Akhir kata, selamat bershopping sakan di Lazada 11 November ini.

Oct 20, 2018

Segmen Saya Nak Buku Free by Cuya



Hi, dah lama tak join segmen ni. Asyik sibuk dengan kerja tiada masa dengan blog.
Maaf kalau dah jarang aktif. Tapi saya nak join segmen saya nak buku free by CUYA sebab dah lama tak membaca.
Segmen ini berlangsung dari 15 Oktober sehingga 18 November 2018.


Sep 14, 2018

IPHONE XS, XS MAX DAN XR DAH ANNOUCED

Hi semua, dah lama tak meluangkan masa untuk blog ni.
Siapa semalam tengok pelancaran Apple Event?
Mesti ramai tak sabar tengok Iphone yang baru sahaja released.

Image result for iphone XS, xR

Iphone mengeluarkan 3 koleksi terbaru dan akan menjadi terhangat di pasaran iaitu Iphone XS Max, XS, dan XR. Selain itu, berita sedih bahawasanya Iphone X discountinued maksudnya akan diberhentikan penjualan nya. Kemungkinan nak orang terus beli Xs kot.

The iPhone XS - Standard, Kecil, lebih pantas

The iPhone XS Max - Screen Besar, Lebih mahal

The iPhone XR - lebih murah berbanding XS, pelbagai warna

Jadi apa beza nya XS, XS Max dengan XR ni, sila rujuk gambar di bawah;




Untuk peminat Iphone yang ada duit lebih nak beli Iphone baru, sila pikir sebaiknya mana yang menjadi pilihan. Kalau saya beli XR jer, sebab beza tak banyak dengan XS. CPU pun sama, cuma display dan material jer beza. Yang penting CPU A12 tu.

Credit : techcrunch.com

Jul 21, 2018

Bercuti ke Hatyai menaiki Kereta api (Train)



Salam sejahtera semua. Percutian kali ini berdua sahaja bersama adik saya di Hatyai pada raya ke-10 selama 3 hari 2 malam. Tarikh saya ambil, ketika sudah penghunjung cuti sekolah, jadi tidak begitu crowded dengan orang di Hatyai pada waktu itu.


Perjalanan saya menaiki Ets dari Tapah Road ke Padang Besar (RM57 sehala) dan kereta api dari Padang Besar ke Hatyai (50 baht). Sepanjang berada di Hatyai kami menaiki Grabcar sahaja. Di sebabkan berdua sahaja Grabcar menjadi pilihan. Install aplikasi Grabcar di Handphone anda dan masukkan promo 'Thailand' .  Jika ramai-ramai anda boleh naik Tuk tuk atau sewa van.



Pilihan penginapan kami ialah D-One Hotel, berada di tengah Town Hatyai, tidak jauh dari Lee Garden plaza dan Station Kereta Api. Nak sarapan pun senang berdekatan dengan Halal Restauran, depan hotel sahaja, Mustafa Restauran. Kami tempah di Agoda.com . Rate harga 1 malam pun okay RM100 sehari untuk 2 katil single bed.

Untuk tempahan ETS, saya tempah melalui online sahaja. Sila klik ini untuk tempahan dari KL Sentral sehingga ke Padang Besar. Untuk panduan dan pemilihan seat ETS  klik ini . Jadi lepas ini tiadalah masalah jika naik ETS pilih seat yang salah. Barulah selesa kan. Anda boleh menaiki kereta api ke Hatyai atau mini van dari Padang Besar. Bagi saya naik kereta api lebih menyeronokkan, bukan selalu merasa pengalaman naik kereta api lama bertingkap terbuka kan.



Cadangan waktu Train Ets , KL Sentral > Padang Besar dan perjalan pulang Padang Besar > KL Sentral, jika mahu menaiki kereta api ke Hatyai Junction seperti berikut;

Harga Train Ets: RM80 dewasa sehala (dari KL Sentral)
                          RM44 kanak-kanak sehala (dari Kl Sentral)

KL Sentral - Padang Besar : (11.30 pm - 5.15 am) atau (7.00 am  - 12.45 pm)
Padang Besar - KL sentral : (11.15 am - 4.55 pm) , (5.13 pm - 10.55 pm) , (6.05 pm - 12.06 am)

Jadual waktu Kereta Api Padang Besar > Hatyai

Untuk pengetahuan, Sehari hanya 2 waktu sahaja perjalanan dari Hatyai dan Padang Besar. Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke destinasi. Jangan lupa bawa passport dan isi borang imigresen. Pembelian tiket pada hari di buat pada hari yang sama.

Padang Besar ke Hatyai : 9.55 am  (waktu Malaysia) - 9.50 am (waktu Thailand)
                                           3.40 pm (waktu Malaysia) - 3.35 pm (waktu Thailand)
Harga Tiket : 50 baht per person
Tempat : Untuk membeli tiket anda ke Hat Yai Junction, perlu pergi ke pejabat tiket Kereta Api Negara Thailand (SRT) yang terletak di hujung utara platform 1/2.

Kawasan imigresen untuk kedua-dua Thailand dan imigresen Malaysia adalah antara platform 1 dan 2 dan hanya dibuka apabila kereta api tiba atau tiba di sempadan.

Jadual waktu Kereta Api Hatyai > Padang Besar

Hatyai ke Padang Besar : 7.03 am (waktu Thailand) - 9.25 am (waktu Malaysia)
                                           1.05 pm (waktu Thailand) - 3.00 pm (waktu Malaysia)

Cadangan Tempat Menarik di Hatyai;
  1. Floating Market (Pasar Terapung) : Tempat pilihan yang perlu anda pergi dan makan! Waktu buka (opening hour ) : 3 pm - 8 pm (Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja)
  2. Walking Street Lee Garden Plaza : Jalan-jalan cari makan dan massage 
  3. Asean Night Market : Shopping lagi, Buka 3pm sehingga 10 malam (Isnin tutup)
  4. Cable Car dan Hatyai Municipal Park 
  5. Chang puak Champ : Bagi makan gajah (100 baht sebakul), jangan ride okay kesian Gajah tu.
    Selain itu, ada aktiviti ATV, memanah dan show.
  6. Walking Street Clock Tower : Shopping Jeans, bag, kekacang dan Keropok
  7. Ranu Kohyo : Shopping Kekacang, keropok
  8. 7-Eleven Thailand : Tempat paling best untuk cari makan, minum dan beli travel kit, memang borong kopi  Arabus dekat 7e Thailand. Kopi die memang sedap! dan jangan lupa cuba green tea dan milk tea dekat kiosk tu sedap. Harga pun okay.
  9. Kim Yong Market : Shopping buah-buahan dan lain-lain.








Jul 11, 2018

Selamat 13 mangsa terperangkap di Gua Tham Luang Thailand

Alhamdulilah, berita yang menjadi sejarah dan tular di seluruh dunia berkenaan mangsa, 12 remaja dan 1 jurulatih dari pasukan bola sepak yang terperangkap di Gua Tham Luang di Chiang Rai, Thailand. Semenjak kes ini berlaku, saya hari-hari check di twitter untuk mengetahui mereka selamat atau tidak. Kejadian ini berlaku di sebabkan hujan yang berterusan menyebabkan mereke tidak dapat keluar kerana air sudah naik. Paling risau ketika team rescue belum lagi menjumpai 13 orang mangsa. Semua rakyat Thailand serta bantuan dari luar mengharap  mereka masih selamat. Mengambil masa untuk mengetahui kedudukan mereka kerana laluan berbahaya dipenuhi dengan air dan berlumpur.


Terbukti, pada 3 Julai 2018  diving berpengalaman dari British menemui mereka setelah 10 hari hilang. Setelah mengetahui mereka selamat,  satu perkara yang  sukar untuk mengeluarkan mangsa kerana laluan yang berbahaya dan mangsa tidak pandai berenang . Pelbagai pihak menghulurkan bantuan sehingga mereka berjaya dikeluarkan dengan selamat. Tetapi salah seorang Navy Seals dari Thailand "Saman Gunan' di dapati meninggal kerana kekurangan oksigen ketika proses menyelamatkan mangsa.





 Big thanks to all the rescue, divers, Thai Navy, Volunteer serta semua yang terlibat.



Credit Photo : Twitter, Channel News Asia, #thaicaveresuce

Jul 1, 2018

Bagaimana mahu menjadi blogger yang rajin

Image result for hardworking

Hi semua,
Kadang-kadang saya tertanya-tanya bagaimana mahu menjadi blogger yang rajin, sentiasa update entry setiap hari. Ya masa saya free duduk rumah memang saya ada masa untuk berblog. Tetapi bila masa saya jadi pelajar dekat Universiti, dan sekarang sudah bekerja, memang sukar nak menulis, seminggu sekali pun susah. Bila dah balik bekerja, malam tu dah penat nak bukak laptop pun jadi malas. Saya cukup kagum pada blogger yang bekerja tetapi mesti tidak jemu post entry setiap hari. Bulan lepas entry saya satu sahaja dapat buat di sebabkan bulan puasa dan raya saya bekerja non stop. Cuti hanya Raya pertama sahaja. Jadi post bulan lepas amat mengecewakan.

Kalau nak ikutkan saya tiada cerita untuk cerita, memang banyak nak kongsi tapi itulah tak RAJIN. Trip saya ke Cameron, review menginap dekat Pullman dan baru-baru ini travel bagpacker di Hatyai. Tapi InsyaAllah saya akan post satu-satu jika ada masa ya.

Semoga saya sentiasa aktif dalam dunia blog.




Jun 7, 2018

Berbuka di Mr Dakgalbi Ipoh



Salam semua, tak sangka cepatnya bulan Ramadan nak berakhir, minggu hadapan nak raya dah. Persiapan raya apa pun tak ready. Saya pulak cuti raya pertama sahaja. Selepas itu kerja seperti biasa. Kerja dekat tempat pelancongan ini, kami cuti waktu hari biasa bukan cuti sekolah. Kalau cuti sekolah, hari minggu atau public holiday kenalah kerja.





Minggu ini dapat berbuka puasa di luar, bersama rakan sekerja. Kami cuti setiap hari selasa. Mr Dakgalbi sudah kali kedua Atiah makan. Masa pertama kali makan dekat IOI City Mall. Kali ini makan di Ipoh. Mr Dakgalbi baru sahaja di buka di Aeon Station 18 Ipoh Perak dan yang pertama di buka di negeri Perak. Semestinya hari biasa pun penuh orang berbuka di Mr dakgalbi, kalau hari minggu tak taulah.



Saya suka makanan korea ini, walaupun harga sedikit mahal tapi memang puas hati. Kami ambil main coarse set untuk 2 pax, ada 1 ramen ,1 nasi dan 1 cheese. Dakgalbi ni ada ayam yang di marinated, kentang, kobis, chilli pepper & rice cake. Boleh refill kimchi, air satu jag , jeruk lobak, dan salad. Jangan risau, ada orang yang akan masak kan untuk kita, dah siap masak boleh terus makan. Harga RM67, yang bestnya bila bayar tak ada service tax dan GST. Jadi tak perlu lah jejak korea nak makan makanan korea. Kalau rasa nak tambah ramen atau nasi boleh add on, RM7 sahaja. Ada pelbagai lagi menu, kalau nak tahu kena lah try makan sini.

Kalau ada yang nak berbuka di Mr Dalgalbi tidak perlu reservation tapi pukul 6.30 anda dah pergi walk in ke restoran tu dan diberi nombor dan senduk kayu. nanti staff panggil nombor anda. Cuma haritu tak puas hati dengan staff situ sebab tak bagi penerangan yang betul. Dia cakap boleh masuk pukul 7 pm, jadi kami jalan-jalan lah dahulu sebelum nak pukul 7 pm tu. Pukul 7 baru kami datang tetiba meja kami dah bagi dekat orang lain. sebab orang tu panggil nombor kami tak ada masa itu. Manager tu minta maaf dan kami kena tunggu dalam 15 minit. Tak apalah yang penting dapat juga makan.





May 26, 2018

2% Gaji Suami dicarumkan dalam KWSP atas nama isteri



Image result for 2% Gaji Suami dicarumkan dalam KWSP

Minggu ini menjadi tular di media social berkenaan isu 2% gaji suami untuk dicarumkan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atas nama isteri yang baru di umumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkenaan pelan tindakan bagi cadangan memberi caruman KWSP kepada suri rumah. 

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia bertujuan merealisasikan manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk caruman KWSP kepada suri rumah melalui pemotongan 2% gaji suami.

Semestinya kaum isteri yang suri rumah menyambut baik cadangan ini. Dalam ramai yang bersetuju, tetapi ada juga yang menolak akan cadangan ini. Itu hak masing-masing untuk menyuarakan pendapat. Tapi tak sangka ada juga golongan suami yang membantah akan cadangan ini. Pelik-pelik. 

Credit photo : www.ohmymedia.cc

May 14, 2018

Shuhaidasaad.com 2nd Giveaway

 http://www.shuhaidasaad.com/2018/05/shuhaidasaadcom-2nd-giveaway.html

Salam, sejak kebelakangan ini Atiah tak aktif dalam blogging. Bila saya dah mula bekerja memang susah nak aktif , dulu masa belajar pun sama. Bila malam saya ngantuk jadi tiada masa untuk buka laptop. Hari ini sebab on laptop nak search tempat menarik di Cameron, dapatlah on blog sekejap.

Dah sign in, tengok reading list ada rakan blogger buat giveaway. Rugi ni tak join dari Shuhaida Saad. 2nd giveaway dari shuhaida bermula 12 May sehingga 12 Jun 2018. Sebulan giveaway ini, jom jangan tunggu lama-lama nanti terlepas.

Apr 27, 2018

Lazada Birthday Festival Blogger Contest

https://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Hi, bertemu kembali dengan Lazada Birthday Festival Blogger Contest. Nasib baik sempat join, ada dapat email dari Lazada. Kalau dapat email sebab contest, mesti lah happy. Setiap tahun tak miss nak join. Hadiah best sangat. Lazada melancarkan Birthday Festival Sale https://www.lazada.com.my/birthday-sale/ yang akan berlangsung pada 25 hingga 27 April 2018 ini tersangat istimewa kerana Birthday Lazada yang ke-6 tahun! Terdapat pelbagai jenama produk sehingga 90 percent diskaun tau. Rugi tak beli ini.

Sempena Birthday Lazada yang ke-6 tahun  lokasi yang saya pilih adalah Flora Cafe Kuala Lumpur. Berkonsepkan bunga-bunga menjadi pilihan saya. Perhiasan bunga dan deco yang menarik memberi suasana yang sangat eksklusif dan romantik.

1

Tema mestilah Flower Birthday Party. Deco dan hiasan yang penuh dengan pelbagai warna-warni dapat memberi ketenangan dan kesegaran .Dekorasi yang kita perlukan ialah:-



Untuk menghias tidak perlu menggunakan kos yang banyak dengan harga RM10.70 sahaja dapat 15 head bouquets Rose Flower bagi kelihatan cantik dan menarik.

Tak menarik lah tanpa birthday banner di hias, jadi saya memilih banner untuk hanging deco. Sekarang promosi RM29 sahaja



Birthday cake semestinya Flower cake! Tema pun Flower birthday party bersesuai dengan cake bunga yang sangat cantik dan  sedap untuk para tetamu makan dengan penuh kenikmatan. Yummy!

Image result for flower cake design

Untuk lebih meriah mestilah dihiasi dengan light dekorasi iaitu candle blossom lotus. Harga yang sangat berbaloi RM14.02 sahaja. Uniknya candle blossom lotus ini menghasilkan musik.


OOTD untuk tema flower party semestinya flower dress! Harga pun best RM49 sahaja. Elegant sangat sesuai dengan tema.



Summer Casual Women Long dress hanya RM45.99. Corak bunga yang sangat menarik minat si gadis untuk membeli.


Apr 18, 2018

AMYLEA FT KAER - TAK PERNAH HILANG

Lagu terbaru dari Amylea dan Kaer bekas Akademi Fantasia yang disimpan kira-kira 3 tahun lalu ciptaan Farouk Roman dan lirik Amylea. Masa zaman AF suka sangat suara Amylea dan Kaer. Tak sangka ada lagu duet. Semoga dengan lagu terbaru ini membuka peluang untuk Amylea dan Kaer terus maju dalam Industri  dengan erti kata lagu nya 'tak pernah hilang'.

Boleh lihat video rasmi lagu Tak Pernah Hilang


LIRIK

Tiada siapa yang pernah tahu
Tiada siapa yang pernah rasa
Biar mereka coba mau, coba ada denganku

Mestikah kau perlu menjauh
Mestikah kau perlu menghalang
Perasaan yang pernah datang
Yang tak pernah hilang

Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu

Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu

Jika aku yang engkau ingin
Kunantikan satu jawaban
Perasaan yang pernah datang
Yang tak pernah hilang

Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu

Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu

Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu rindu
Yang selalu menantimu

Apr 16, 2018

Segmen bloglist April

Asalamualaikum semua. Jom join segmen blogwalking, boleh tingkatkan pageview + tambah rakan rakan baru.

klik banner untuk join sekaki !

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa

 http://www.siqahiqa.com/2018/04/letter-of-happiness-giveaway-by-blog.html?m=1

Hi, jom join Letter of Happiness Giveaway dari Blog Siqahiqa. Kenapa mesti join, hadiah utama dia tudung  New Duck Scarf tu. Memang selalu tengok dekat Ig sahaja mampu. Hadiah yang lain pun tak kurang hebat, buku Love & Happiness by Yasmin Mogahed dan Duck Notebook. Giveaway ini berlangsung dari 13 April sehingga 13 May 2018. Semoga berjaya semua!

Menang Cash Giveaway by Farhana Jafri


Salam, Alhamdulilah tersenarai pemenang Cash giveaway by Farhana Jafri, tak sangka sangat, itu pun tahu sebab reading entry Sis Shahida menang, terus nak tengok siapa pemenang yang lain Cash giveaway ini, sebab join jugak segmen ini.  Bulan ini banyak berita gembira. Saya juga baru sahaja terima offer kerja. Mudahan-mudahan urusan semua dipermudahkan. Agak susah untuk saya update blog bila dah bekerja nanti.



Tak sangka pulak tersenarai sebagai pemenang. Terima kasih Farhana Jafri. Tahniah kepada pemenang yang lain. Boleh click link ini untuk senarai pemenang.

Apr 5, 2018

TOP COMMENTATOR MARCH 2018




TAHNIAH KEPADA PEMENANG

TERIMA KASIH TAK JEMU-JEMU UNTUK COMMENT DI SETIAP POST. 

PEMENANG BOLEH EMAIL KE nuratiah.mulkan@gmail.com BERSERTAKAN NAMA, ALAMAT DAN NO TELEFON. HADIAH BOLEH LIHAT DI PAGE INI 



TOP 1 : RAYDAH
TOP 3 : NOR NAZLIANA

LOVE SUSHI & PROMOTION SAY CHEESE

Siapa peminat Sushi King, saya fans sangat dekat sushi sebulan sekali memang kena makan. Nak makan hari-hari tak boleh lah, sekali makan dah RM20 lebih walaupun makan beberapa plate jer. Kalau siapa yang belum cuba makan sushi ni, mula-mula cuba makan yang simple-simple dulu.

 Nanti dah okay dengan rasa baru cuba makan salmon yang mentah. Tapi ada jugak kawan saya dah bertahun makan sushi masih tak boleh makan salmon. Mula-mula saya pun tak boleh masuk tapi korang kena try yang Salmon Nishoku, first saya cuba makan tulah terus jatuh hati dengan salmon.

Sekarang ada promotion Say cheese dari 1 April sehingga 30 June 2018. Tak sabarnya nak cuba menu baru ni.Saya memang suka cheese, jadi memang tak akan lepas peluang lah menikmati SAY CHEESE ini.






Mana yang belum cuba try dulu on the kaiten tu, contoh inari, tamago, ebi fry, inari boat tuna mayo.Banyak tau sebenarnya yang okay. Belum cuba belum tahu. Makanan ni kita kena sentiasa cuba, kalau masih tak boleh masuk tekak , jangan lah pergi lagi dah, kira first and last lah. hahahaha


Favourite saya, wajib order sashimi


Salmon Nishoku

Selain itu ada set meal yang sedap tau. Dessert pun best. masih ingat lagi makan ice cream durian. Sedap sangat. Set meal paling saya suka Piri- Piri Chicken Set, dengan panas-panasnya makan.


Cara order makan sushi king:-
  • Saya tahu ramai yang nak cuba tapi tak tahu order, masa saya pertama kali datang tak tahu nak order, memang kawan ajar lah jawabnya.
  • Masuk ke dalam restoran, boleh pilih mana tempat duduk yang kosong, kalau penuh sila lah beratur dan tunggu. Kalau pilih tempat duduk saya suka dekat dengan kaiten, alah pinggan yang bergerak-gerak tu.
  • Akan ada Ipad di setiap meja makan, jadi just slide down sahaja kuantiti berapa orang. lepas tu boleh pilih menu.
  • Pelbagai menu di sediakan seperti dessert, beverage, set meal dan macam-macam lagi. Setiap menu ada tertera lagi setiap kalori makanan dan kandungan makanan.
  • Next, lepas dah order boleh click submit.
  • Kalau saya, dekat ipad saya selalu order air atau dessert sahaja, lepas tu makan sushi dekat on kaiten tu. Ha nak bagi tahu setiap pinggan ada warna. Bukan saja-saja dia letak warna. Warna tu adalah mengikut harga. Boleh lihat harga ada jer tertera dekat setiap meja. 
  • Makan sushi sahaja dah kenyang tau. ambik 5 pinggan confirm kenyang. 
  • Dah selesai makan, boleh lah click di ipad untuk bayar. nanti staff sushi akan datang dekat anda kira plate yang anda makan.


Mar 28, 2018

Segmen Bloglist 2018 ShuhaidaSaad

 http://shuhaidasaad.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html?m=0

Salam, jom join segmen bloglist 2018 dari Shuhaida Saad. Segmen ini berlangsung dari 26 March sehingga 26 April 2018. Syarat nya mudah sahaja.