Sep 13, 2016

Unplanned Trip Hatyai 2015


kredit : Google (Gambar hiasan)

Salam kepada para pembaca blog kite
Kisah percutian singkat 2hari 1 malam di hatyai tahun lepas punya cerita. okay ini cerita sudah lama k, semenjak dah habis study ni baru ada masa dengan blog kalau tak anggap blog ni tak wujud jer. bila aku study dulu memang tak da masa nak create story langsung, nak sign in pon malas tau. Sekarang tengah memikior apa lah nak buat story kat blog. tu yang tercetus cerita short vacay tahun lepas.

Kisah disebalik unplan trip

Nilah short vacay paling tak plan langsung, adik aku la cakap ada kosong tengah cari orang untuk join trip ke hatyai, adik aku pon tahu last minute cikgu dia ajak. aku pun on jer lah sebab masa tu tengah cuti sem. Nasib baik aku dengan adik akunya passport tak expired lagi.

Paling tak sangka yang anjur trip ni tempat keje  aku pratikal dulu. Memang semua staff yang kenal terkejut la macam mana aku boleh join diorang. Meriah terus sebab kebanyakan yang pergi kenal sebab unit sama. Paling best percutian ni semua ditanggung oleh tempat praktikal aku dulu, jadi bawak badan jer. aha


2hari 1malam


  • Kami naik bas dari Tapah hingga ke Hatyai
  • Berhenti di danok Immigration Check Point untuk masuk ke Thailand
  • Kami sampai lewat jugak terus pergi makan di danok Tomyam weh. sedap sangat.
  • Dan terus perjalanan ke hatyai, check in hotel Grand plaza. aku dengan adik aku dapat bilik besar. Selesa sangat.
  • Disebabkan lewat sampai takda rezeki nak pergi floating market.
  • Malam kami keluar pergi dinner dan jalan2 di sekitar hotel
  • Banyak ada kedai makan dan barang-barang, dan pergi foot massage jalan kaki jer dari hotel

  • Esoknya kami pergi tempat membeli belah di Nora Plaza Hatyai, macam-macam jual handbag, kasut, cenderamata dan banyaklah
  • dan juga singgah membeli kerepek dan keropok, tak ingat pulak nama tempat tu.
  • Disebabkan adik aku tak pernah pergi I-city dekat shah alam tu dia teringin la nak masuk jadi kami pergi ke Ice Dome Hatyai. 
  • Nanti dia bagi glove dan jaket . kasut takda itu kena sewa
  • Ice dome hatyai memang lain dari I-city. dan tempat dia aku rasa lebih besar dan sangat cantik. sejuk sangat. 
  • Kami makan tengah hari di Songkhla , makan tomyam lagi dan best lauk dia weh
  • Tempat makan dekat dengan laut dapat la pergi kejap Samila Beach.
  • Perjalanan berakhir dan terus balik ke Tapah






















No comments: