Mar 8, 2013

review movie OZ AND THE GREAT POWERFUL

Assalamualaikum dan selamat malam.hahaha
penat harini pergi Mines naik motor.perhhh fist time aku bawak motor pergi Mines,takut tu ofocoz la..aku bukan biasa bawak motor tempat yang aku tak biasa bawak..ni beranikan diri..kalau dulu bawak motor kat Tapah,perak tu takde lah sesak,jalan pun dah tahu cam mana,ni lori banyak,jalan 3 line..hmmm betapa cuaknya aku tadi.Tapi alhamdulilah selamat sampai.

Sampai jer Mines terus pergi makan kat food court.lepas tu tak semena2 ubah plan nak tengok movie,patutnya nak pergi karaoke.Tengok movie cerita Oz and the great powerful tu.aku pun tak search pun Movie tu sebelum ni.main tengok jer lah,takut jugak tak best.melayang RM13 aku nanti kan.hmmm,tengok movie dengan atie dan kawan atie(mizi)..kawan aku yang dua orang lagi aina dan yanie serta bf yanie pergi karaoke..

oke review Movie tu erk..mula-mula korang akan rasa movie zaman-zaman dulu2 lah.alah warna hitam putih tu.bila lagikan..first2 pun aku rasa bosan jugak.bila dah time die masuk NEGARA OZ tu.wow korang akan tengok betapa kreatif,cantik dan awesome gilor lah tempat tu..bila tengok rasa nak sangat pergi negara oz tu..dengan air terjunnya,pokok2 dan bunga2 kat situ.cantik sangat.berpinor2 la jugak mata aku nak tengok kat screen besar tu.macam aku ada kat tempat tu jer.heeee

cerita ni pasal oz nama lelaki tu  kerja die sebagai  magician yang penipu..lepas tu datanglah puting beliung yang sangat dasyat..entah macam mana die tercampak kat sebuah negara namanya OZ.perkara2 pelik la yang berlaku dekat die..bila dah sampai negara tu ada lah kekacauan,ada lah sihir jahat..biasalah movie mesti lah ada orang jahatkan..si oz ni konon penyelamat lah negara tu,die lah yang dapat melawan dan menewaskan ahli sihir jahat tu..nak tahu die dapat menewaskan ahli sihir yang kejam  ke tidak, sila lah tengok sendiri erk..malas la aku aku nak tulis panjang2.hahahaha

aku bagi 4/5 star untuk movie ni.sebab gambar die cantik.jalan cerita pun okelah jugak.oke assalamualaikum.jumpa kat midv next week.ahaks.heee

No comments: